|
MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA INDUK PSS
SMK BERANGAN KALI PERTAMA
TAHUN 2007
Tarikh : 14 Januari 2007 (Ahad)
Masa : 1.20 Tengah hari
Tempat : Bilik Wawasan SMK
Berangan.
Kehadiran :
1. Tn.Hj.Sahiful Bahari Ab.Rahman
- Pengetua, SMK Berangan.
2. Tn.Hj.Ab.Rahman bin Jusoh
- PK Pentadbiran
3. En.Wan Ahmad Khairuddin
- Penyelaras PSS
4. Pn.Kamariah bt Che Sulaiman
- Setiausaha Kerja
5. Pn.Wan Azlinawati Wan
Ahmad - Perpustakaan
6. En.Zulkhairi b
Othman - TV Pendidikan
7. Pn.Wan Teratai bt Wan Yusoff
- BBM/Panitia Geografi
8. Pn.Hasnah bt Nik Hassan
- Program Nilam/Panitia Agama Islam
9. Pn.Wan Suhailah bt Wan
Omar - Sal/Panitia Inggeris
10. En.Wan Azizi b Wan Ibrahim
- Panitia BM
11.Pn Latifah bt Sulaiman
- Panitia Sains
12.Pn.Rabiatul Adawiah
Abdullah - Panitia Matematik
13.En.Hashim b
Mamat - Panitia KH
14.Pn.Suryani bt Hussain
- Panitia Sejarah
|
Agenda |
Perkara |
Tindakan |
|
Agenda 1
Ucapan Pengerusi |
1.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang
hadir untuk bermesyuarat pada kali ini. Ini merupakan
mesyuarat Jawatankuasa Induk kali pertama pada sesi 2007.
2.
Mesyuarat kali ini akan membincangkan hala tuju PSS
sekolah dalam menghadapi program yang telah ditetapkan. |
Makluman |
|
Agenda 2
Perlantikan Jawatankuasa
Kerja PSS. |
1.
Tn.Pengetua mengumumkan perlantikan Jawatankuasa
kerja PSS yang baru bagi tahun 2007. Beliau mengharapkan
semoga Jawatankuasa Kerja yang baru ini akan memberi lebih
tumpuan dalam usaha memajukan PSS pada masa-masa yang
mendatang ini.
2.
Antara Jawatankuasa Kerja yang baru dilantik ialah:-
a)
En.Zulkhairi Othman – TV Pendidikan
b)
Pn.Wan Suhailah W.Omar – Sal |
Makluman |
|
Agenda 3
Aktiviti PSS Sepanjang Tahun |
1.
Penyelaras PSS memberitahu PSS akan mengadakan
beberapa aktiviti pada tahun ini. Aktiviti ini diharapkan
akan dapat memberi nafas baru dalam menjayakan PSS.
2.
Ada beberapa aktiviti tahun lepas akan tetap
dijalankan memandangkan ia merupakan aktiviti tetap PSS
seperti Lawatan ke Pesta Buku, Perlantikan Pengawas Baru,
Kursus Kepimpinan Pengawas, Kursus Katalog Buku, Minggu PSS
dan sebagainya.
3.
Antara aktiviti baru yang akan dilaksanakan pada
tahun ini ialah Pameran Kuiz Keamanan dan Pameran Setem dan
Duit Lama. |
Makluman |
|
Agenda 4
Kewangan/Anggaran
Perbelanjaan |
1.
Penyelaras PSS mencadangkan semoga anggaran
perbelanjaan pada tahun ini akan banyak dihabiskan kepada
membeli buku-buku baru untuk peringkat SPM.
2.
Penyelaras juga mengharapkan semoga guru-guru panitia
mencadangkan buku-buku yang ingin dibeli supaya sesuai
dengan kehendak pelajar.
3.
Buku ilmiah lain dan buku-buku rujukan juga akan
dibeli untuk memenuhkan rak-rak buku di PSS yang masih
kosong. Ini adalah untuk menepati nisbah buku dengan pelajar
kerana PSS masih lagi kekurangan buku. Kita masih berada
pada tahap 1 : 5. |
Makluman |
|
Agenda 5
Hal-hal lain |
1.
Tn.Pengetua harap semoga PSS tahun in dapat melakukan
yang terbaik demi kepentingan pelajar-pelajar SMKB sesuai
dengan cogan kata iaitu sebagai pusat maklumat dan rujukan
ilmu.
2.
PK Tadbir mengharapkan semoga Jawatankuasa Kerja PSS
mengadakan lawatan ‘Bench Marking’ dalam usaha untuk
memantapkan PSS.
3.
Penyelaras PSS harap semoga pihak pengurusan memberi
kerjasama yang sepatutnya untuk sama-sama menjayakan PSS.
4.
Penyelaras juga meminta Panitia mata pelajaran
memberi senarai nama buku yang ingin dibeli selewat-lewatnya
minggu depan supaya buku dapat dibeli dengan segera. |
Penyelaras
Pengurusan
Panitia |
Mesyuarat ditangguhkan pada jam
3.00 petang dengan bacaan surah Al-Ass.
Disediakan oleh,
---------------------------------
(Pn.Kamariah bt Che Sulaiman)
Setiausaha Kerja PSS,
SMK Berangan.
|